
Siapa AK
Meet AK.
Saya Adila Mohd Kasim, Ejen Hartanah yang berkhidmat di Kuala Lumpur & Selangor, menguruskan New Project, Sub Sale dan Rental.
Saya percaya setiap klien perlu maklumat yang jelas sebelum membuat keputusan — bukan sekadar gambar menarik dan harga yang ditawarkan. Saya mengutamakan ketelusan, nasihat praktikal dan hubungan jangka panjang, kerana setiap keputusan hartanah berbeza bagi setiap orang.
Ilustrasi konsep — bukan pelan projek sebenar.
Latar Belakang
Before Property, I Worked Behind the Numbers.
Sebelum menceburi bidang hartanah, saya berpengalaman dalam industri pembinaan sebagai juruukur bahan — memahami kos projek, bajet, perolehan, kontrak dan keputusan di sebalik sesuatu pembangunan.
Pengalaman itu membentuk cara saya melihat hartanah hari ini.
Hartanah bukan sekadar penyenaraian, gambar atau harga yang ditawarkan. Ada gambaran lebih besar di sebalik setiap keputusan hartanah.
Pernah bekerja dengan pelbagai pihak dalam industri pembinaan — termasuk kontraktor utama seperti Setiakon Builders, pemaju seperti NCT Group of Companies, serta subkontraktor mekanikal dan syarikat reka bentuk dalaman pejabat.
Antara projek berkaitan dalam pengalaman ini termasuk 8 Kia Peng, Kuala Lumpur dan DK Senza & Tamara Residence, Putrajaya.
Kenapa Ia Penting
Why My Background Matters
Kemahiran sebagai juruukur bahan mengajar saya melihat melangkaui apa yang nampak di permukaan. Kemahiran itu terus saya gunakan apabila membantu klien membuat keputusan hartanah hari ini:
Nota: Ini pengalaman profesional terdahulu dalam pembinaan dan juruukur bahan — bukan perkhidmatan penilaian hartanah, nasihat kewangan, guaman atau pembangunan hartanah. Untuk keperluan sedemikian, sila rujuk profesional bertauliah berkaitan.
Pendekatan Saya
How I Work
Saya bekerja dengan pelbagai jenis klien — pembeli kali pertama, pemilik yang ingin naik taraf, pelabur hartanah, penyewa, pemilik hartanah, dan mereka yang masih meninjau pilihan.
Faham Dulu
Sebelum mencadangkan sesuatu hartanah, faham dulu keperluan sebenar, bajet dan matlamat anda.
Maklumat Penting
Keputusan hartanah yang baik memerlukan lebih daripada gambar menarik dan harga yang ditawarkan.
Cari Yang Sesuai
Hartanah yang sesuai bergantung kepada individu, bukan semata-mata hartanah itu sendiri.
Fikir Jangka Panjang
Keputusan hartanah boleh memberi kesan kewangan dan gaya hidup jangka panjang.
Ekosistem AK
More Than a Property Listing.
AK THE PROPERTIES menghimpunkan senarai hartanah, panduan pembeli, kalkulator, alat padanan dan konsultasi terus dalam satu ekosistem.
Senarai Hartanah
Semak New Project, Sub Sale, COA dan Rental dalam satu senarai.
AK Buyer Guide
Panduan langkah demi langkah untuk pembeli hartanah di Malaysia.
Kalkulator Hartanah
7 alat kira — pinjaman, DSR, kemampuan, kos permulaan dan banyak lagi.
Padanan Hartanah
Jawab 6 soalan ringkas untuk cadangan hartanah yang sesuai dengan anda.
Panduan Pelaburan
Maklumat hasil sewa dan pulangan pelaburan untuk bantu keputusan anda.
Konsultasi Terus
Hubungi terus melalui WhatsApp untuk pertanyaan peribadi.

Sertai Pasukan
Build Your Property Career With AK.
Ingin menjadi REN?
Jika anda serius untuk membina kerjaya dalam hartanah dan ingin berkembang dalam persekitaran profesional yang disokong teknologi, jom kita berbincang.
Ini borang pertanyaan, bukan pendaftaran REN automatik. Tiada jaminan pendapatan ditawarkan.
Terima kasih.
Mesej WhatsApp dengan maklumat anda telah disediakan dalam tab baharu — sila hantar mesej itu untuk melengkapkan pertanyaan anda. AK THE PROPERTIES akan menghubungi anda.
Perlu bercakap dengan AK?
Isi borang atau hubungi kami terus.
